
' dare to dream....'
Cerita Dunia.
Dunia sekarang ini secara hakikatnya adalah bersifat sementara. tetapi melihat apa yang di hidang dunia ini layaklah sebagai apa yang dikatakan malaikat.." ketakutan akan tiada anak adam akan dapat memasuki syurga " sewaktu di tunjukkan kepadanya syurga, neraka dan dunia dan segala macam godaannya. Hayat umur.. alamak ! soalan cepu emas yang tiada jawapan melainkan tanda2 khusnul khatimah. Impian dan doa, inginku hidup seribu tahun lagi juga rindu cintaku untuk bertemu janji pertemuan ajal bersama Allahurabbuna. Punya tiada masalah berkenaan cerita dunia perlukan,ilmu, kemantapan kewangan, kuasa dan iman yang sejahtera.. kenapa..? Tentulah jawapannya kerana tajuk ceritanya dunia. SubhanAllah. jika diubah kepada dunia akhirat kekal abadi pula syarat yang terakhir itu sudah mencukupi ditambahlagi dengan lengkap cantiknya rukun dan konsep ibadat dlm amalan harian.
Bertitik tolak ingin bantu membantu dalam mencari syarat yang terakhir ini.. dengan mengambil kira perlunya memperolehi dunia untuk membantu usaha menyelamatkan saudara seagama semua. Tugas kita sebagai khalifah Allah Melayu Muslim di Malaysia besar. Perlu akan gabungan dunia akhirat yang cantik. Cabaran,Halangan dan Kegagalan pasti akan jadi santapan. Jadi, dengan mengambil kisah tauladan dari 'weightlifters'... bagaimana mereka menukar perspektif minda dengan bahasa.. bagi membantu mereka mencapai matlamat. Sebagai ahli angkat berat. didalam latihan mahupun pertandingan mereka akan mengangkat jumlah bebanan sehingga ke tahap mereka gagal untuk mengangkatnya barulah otot2 mereka akan membesar dan bertambah kuat. ini sangat membantu untuk mereka boleh mengangkat bebanan yang lebih tinggi. Untuk itu setiap hari secara berulang2 merka melalui proses kegagalan secara positif. Untuk lebih membantu mereka juga menukar perkataan sakit (pain) kepada bakar (burn) untuk menguatkan semangat antara satu sama lain. Mereka 'membakar musuh yang menyakiti ' untuk mereka mencapai kejayaan. Mereka membuktikan perkataan mampu mengubah perspektif minda dan menggerak kekuatan yang luarbiasa dari dalam diri seseorang. Dan saya juga percaya akan itu. Maka, saya mengajak diri dan kalian menggunakan teori itu secara Islamik.
Carilah yang utama.. yang berbaloi denganya... yang Allah letak cipta untuknya. Jangan takut berimpian besar..
Khalifah Allah yang layak untuknya. InsyaAllah.

'dare to pray...'
Allahu'Alam . Allahurabbuna.
No comments:
Post a Comment