Friday, November 21, 2008

Cerita 7 - Kehebatan Satu Dalam Jama'ah.


Senantiasalah aku mengingatkan diriku dan kalian. Bahawasanya, dia yang terbaik dalam menolong permasalahan saudaranya, adalah juga yang terbaik dalam melihat ‘hikmah’ dalam setiap masalah yang dia atau orang lain hadapi. Memberi pertolongan bukan pengorbanan tetapi pelaburan. Apa yang kita lakukan untuk diri kekalnya sehingga tibanya mati, tetapi jika kita lakukan untuk kebaikan orang lain akan kekalnya abadi. Kita memberi sesuatu yang tentu ada balasannya, kita mengorbankan sesuatu yang tentu ada pulangannya jika begitu mengapa harus kita simpan kerana kelak kita akan kehilangannya. Adakah diantara kita pernah dianugerahi pingat kecemerlangan kerana sesuatu yang kita terima? Akan tetapi bagaimana soalan itu bertukar kepada..‘ kerana sesuatu pengorbanan yang telah kita berikan? ’ Hmmm..seperti juga konsepnya kawan, jika kita sentiasa suka membantu dalam menjaya matlamat saudara kita, matlamat kita takkan terkabur sebaliknya semakin jelas kelihatan didalam capaian. Bukankah minda kita ini adalah tempat menghantar dan menerima maklumat (Dr.Mohd. Fadzillah Kamsah). Andai kita mahu menjadi terbaik atau hebat. Senantiasalah suka membantu saudaranya menjadi juga yang hebat dan terbaik, beri mereka mendengar sesuatu yang baik dan membina dari kita, senantiasa nampak sesuatu yang baik dari mereka. Ini kerana, apa yang mereka terima itulah yang akan mereka beri kembali kepada kita. Juga, apabila kita memberi sesuatu yang baik dari kita kepada seseorang, ini bermakna kita telah mengosongkan satu ruang bagi sesuatu perkara baik yang baru dari ilmu untuk tumbuh semula di dalam diri kita! Senantiasalah berlapang dada dan berperasangka mulia.

Kerana Allah melihat Jama’ah…Antara Diri dan Saudaranya.
Islam kukuh kerana kehebatan jama’ah bukan kerana kehebatan individu. Cantiknya Islam mengajar kita melalui pahala dan dosa sebagai impalan, yang mana menjadi hebat itu dacingnya adalah pada apa yang kita beri kepada orang lain. Tetapi bagaimana?
Gambaran saya. Jika kita tahu dengan menjadikan orang lain hebat, memberi motivasi dan inspirasi yang hebat. Kita sebenarnya sedang menyiapkan satu ‘tools’ yang membantu kita. Suatu kumpulan sokongan yang sangat diperlukan kita untuk mencapai matlamat menjadi hebat. Sungguh! Satu rumus perkiraan kongsisama untuk Akhirat dan Dunia yang terbaik.
Siapa Dia?
Kumpulan sokongan itu kita bahagikan secara amnya kepada 3 bahagian. Kumpulan pertama terdiri daripada orang yang paling hampir kepada kita seperti ibuayah, adikberadik, suami/isteri, anak-anak, saudaradekat (pakcik,makcik dan ipar dll) dan juga sahabat. Manakala kumpulan kedua pula terdiri daripada yang kita terlibat secara langsung tetapi tiada ikatan yang rapat contohnya setiap orang yang berhubungkait dengan pekerjaan kita (rakan sekerja/pekerja/pelanggan/ketua dll), saudaramara, jirantaulan dsb. Dan yang terakhir kumpulan yang lebih luas iaitu sesiapa sahaja yang terlibat atau yang melibatkan kita dalam urusan sehari-hari, dalam apa jua aktiviti kita seperti penjual sayur, pekedai barang runcit, pengunting rambut, pekerja bank, di dalam kapal terbang, hotel sekolah dan lagi dan lagi…
Bagaimana?
Setiap orang punya potensi punya harga diri punya kelemahan. Ini adalah adunan yang melingkari setiap individu. Semuanya penting wujudnya dicipta Illahi. Oleh kerna itu asas nya, cubalah sentiasa jadikan setiap orang merasa penting dengan memberi mereka harga diri, mencungkil dari mereka setiap potensi dan menjelaskan punca kelemahan bagi mereka memperbaiki diri. Ianya akan menjana tenaga, semangat dan potensi yang kelihatan dan yang tersembunyi. Sesuatu yang terbaik yang mengubah suasana. Asasnya cuma, berikan semua apa yang Al-Khaliq cipta bersamanya!
Contoh 1 Memberi Harga Diri.- Berikan Penghargaan –
Usaha kecil paling mudah memberi penghargaan adalah dengan mengucapkan syukur pada Ar-Rahman dan berterima kasih sesama manusia. Tiada mengira ni’mat dan pertolongan itu timbang taranya zarah mahupun gunungganang. Alhamdulillah dan terimakasih ucapkanlah selalu dimana sahaja pada bila-bila masa. Kita akan melihat Allah dan setiap orang di sekeliling seperti sentiasa membantu kita dalam setiap gundah masalah mahupun ketika tenang istirehat.
Contoh 2 Mencungkil Potensi – Tumpu dan Beri Pengiktirafan –
Senantisalah membuat perkara baik dengan terbaik, kerana jika diizinkan Allaah ianya akan menjadi sesuatu yang menjadi kelebihan buat diri kita. Senantiasa memberi tumpuan pada setiap satu usaha yang seseorang lakukan, bererti kita memberi pengiktirafan kepadanya. Apabila setiap usaha itu diiktiraf, maka, mana satu yang menjadi potensi diri itu akan lebih mudah terpandang dek mata. Pastinya, bila potensi saudara sekeliling itu pantas terlihat dari mata kita. Dengan izinNya kita akan memperolehi sokongan yang terbaik kerana setiap mereka yang terlibat atau melibatkan kita itu melakukan apa yang menjadi terbaik dari mereka.
Contoh 3 Memperjelas Kelemahan Untuk Memperbaiki Diri – Beri Perhatian –
Kadangkala kita terlalu sibuk sendiri untuk jadi hebat sehingga jadi takut dan cemas dengan kelemahan atau kegagalan. Takut itu sebenarnya adalah satu undangan atau melarikan diri ke arah mana puncanya datang. Bersedia itu adalah perkataan dan sikap yang lebih sedap. Untuk itu setiap satu usaha itu perlu perhatian baik diri mahupun kumpulan. Perlahan-lahan huraikannya agar jelas cerita, punca, jalan dan halatujunya. Baik buruknya, dosa pahalanya. Akan terkesanlah salah laku dan jika terjadi dua dan tiga berkali itu, nampaknya itulah kelemahan. Maka, berdoa dan ikhtiarlah kita bagaimana untuk diatasi.
Lakukan Kepada Mereka Yang 3 Kumpulan Mengikut Kemampuan.
Mulakan dengan sebaiknya istiqamahkan ia. Anda akan melihat perubahan dan dunia mengikut anda. Turutan keutamaan kumpulan juga penting. Utamakan yang utama kerana itu tetap asas kesannya. Mulakan sekali dengan diri dan kemudian beri ia kepada yang lain kerana diri kita yang hebat perlu proses kitaran untuk ‘the new deeds’ untuk tumbuh dan lagi dan lagi. Akhir kalam, duhai aku dan kalian. Ini sekadar suatu rumus hidup satu pendapat. Jadi sebenar simpulnya, apa dia erti hebat..?

"What have I to do with worldly things. My connection with the world is like that of a traveler resting for a while underneath the shade of a tree and then moving on."
(Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Tentunya jika dapat hidup di dunia persinggahan ini sebaiknya, menjadikannya jambatan kukuh untuk pastikan kita mampu melintas Shiratul Mustaqim menuju ke Al-Jannah Impian. Itu dia HEBAT!! Jadi, apa yang kita lakukan dan yang ditambah berikan sesama saudara itu semua InsyaAllaah balasannya menjadikan kita HEBAT sebagai khalifah abd Allah. Bersyarat satu jua iaitu ikhlas.
( Teringat dua bila tersoal akan ikhlas… 1 “Ikhlas umpama simati meminta sihidup menghormati dan mengurus sempurna jenazahnya”.
      2 “Mencari Ikhlas bagai mencari semut hitam di atas batu di dalam hutan di malam gelap gelita”. )


Laahaulawalaquwataillabillah.
 Allahu'alam.Allahurabbuna.

No comments: