
Sering kali kita mendengar orang berkata,Islam agama yang hebat dan membentuk penganutnya menjadi insan bertamaddun dan mendahului umaat-umaat yang lain. Pernyataan tersebut disertakan pula dengan kisah-kisah umaat Islam yang berjaya dan gemilang sebagai sokongan. Dengan harapan umaat era ini akan terus berbangga dengan Islam dan umaat yang lain pula akan tertarik kepada agama Allah yang agung ini.
Malangnya, pernyataan sejarah ini amat kontras sekali dengan realiti yang selalu menjadi habuan mata hari ini. Sementelah pula, menjadi resam manusia secara majoriti lebih terkesan akal mindanya kepada apa yang dilihat mata berbanding lembaran-lembaran sejarah yang cuma boleh diselak baca. Apatah lagi jika umaat itu bukan kalangan umaat yang cintanya ilmu dan pengkajian.
Kembali kepada tanah air
Sama ada kita boleh menerimanya atau tidak, mereka ini mengaku Islam adalah Agamanya dan Melayu adalah Bangsanya.
Persoalan yang bermain kepada Masyarakat bukan Islam yang dominan bukan berBangsa Melayu; adakah Islam yang dianuti itu menjadi puncanya… ini kerana logika akal mereka menghujahkan bahawa selain dari agama dan bangsa yang lainnya adalah sama. Berkongsi tanah,udara, air, persekitaran, ruang masa dan persaingan yang sama. Maka, jika yang salah bukan pada agama anutan ia tentu bangsa atau mungkin sebaliknya.
SubhanAllah. Teramat pasti sifat Agama Islam sebagai agama wahyu yang maha benar dan sejarah zaman berzaman Islam yang subur gemilangnya menguasai dunia menolak langsung untuk dikaitkan sebagai punca kelemahan jatidiri dan kemunduran ilmu dan akhlak penganutnya. Akidahnya yang sejahtera adalah Alfalah menjadi akronim jelas kepada yang sebalik itu sifatnya.
Jika yang demikianlah, yang tinggal cuma untuk dibahaskan, dikaitkan adalah persoalan bangsa! Tidak sekali-kali artikel ini bermisi merendahkan maruah bangsa yang memang kini hebat dibahaskan. Tidak sama sekali, cuma untuk dimuhasabah dinilai, dibaiki diperutuhkan, agar tiada lagi selepas ini kedaulatan maruahnya menjadi bahan permainan. Bila bercerita fasal bangsa atau agama, bangsa Muhammad SAW yang dipilih Allah SWT bahasanya sebagai bahasa AlQuran itu lebih elok rasanya jadi panduan.
Bangsa Melayu, sekalipun banyak kelebihan disudut budi dan bahasanya, namun dalam beberapa sudut lain secara perbandingan – diperingkat ‘warisan budaya ‘ - Bangsa Melayu nampaknya tidak mampu untuk diletak sebagai taruhan ampuh dalam bersaing. Ambil sahaja contoh Bangsa Cina dari sudut budaya kesungguhan kerja, kemahiran ilmu perniagaan dan seni-seni kehidupan yang lain, kelihatan mantap. Secara umumnya, jika dilahirkan berbangsa Cina tak perlu risau atau bersusah payah memahami ilmu perniagaan kerana ianya sebahagian dari kehidupan turun menurun zaman berzaman. Demikian juga budaya rajin, tolong menolong sesama bangsa, toleh kiri toleh kanan sejak kecil lagi mereka sudah dapat melihatnya. Bagi bangsa Melayu, sungguhpun terdapat sifat dan sikap yang tersebut tadi untuk dilihat, ianya belum lagi mencapai tahap ‘ warisan budaya ’ yang terkenal, dikenali kerananya, turun menurun zaman berzaman.
Jadi bagaimana? Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dimiliki maka Bangsa Melayu tidak mempunyai pilihan melainkan menempel kukuh sandarannya kepada Agama Islam yang tulen dari Allah melalui warisan Muhammad SAW sebagai suatu tamaddun dan cara hidup. Agar kelak mereka mampu menongkah arus dunia sebagai bangsa yang dikenali dan dihormati kewujudannya.
Berbeza dengan bangsa-bangsa lain seperti contoh Amerika/Eropah,
Sementara penganut Agama Islam jika tidak diambil Islam itu secara menyeluruh, komprehensif. Akan menjadi bangsa yang caca merba. Akan jelas terlihat ketempangannya, mereka akan bersaing tanpa kekuatan. Tidak dengan kekuatan tamaddun bangsa tidak dengan kekuatan Islam.
Mana perginya kekuatan tamaddun Bangsa Melayu yang dahulu juga kekuatan bangsa-bangsa lain yang menganut Islam? Mustahil jika dianggap tiada.
Islam agama yang syumul, ‘the way of life’. Ini kerana telah lengkap turunnya Islam itu sebagai suatu panduan kepada manusia bagaimana caranya untuk hidup diatas muka bumi ciptaan Allah SWT ini. Jadi, MUNGKIN setelah hadirnya Nur Islam pada sesuatu bangsa, ianya telah turut menyalin kekuatan tamaddun bangsa itu dengan kesempurnaan yang ada pada Islam.
Juga, telah jelas di lembaran sejarah dan dari peringatan-peringatan Allah SWT bahawa musuh-musuh Islam itu takkan berhenti dari berusaha untuk memusnahkan agama yang suci ini. Jadi, apabila musuh Islam berjaya melemahkan sesuatu bangsa dengan mengelar nadi agama Islam lalu dipisahkanya dari cara hidup bangsa itu.. Apa lagi yang kekuatan yang tinggal pada bentengnya?
Sesuatu bangsa itu apabila hilang akar tamaddunnya, maka lemahlah benteng mereka, mudahlah terdedah ia kepada serangan pengaruh luar. Mudah digula-gulakan, dihanyutkan,dikhayalkan dan diperdayakan. MUNGKINKAH ini yang terjadi kepada Bangsa Melayu mahupun Bangsa Arab itu kini?
Ditambah pula, apabila pendidikan Islam yang diajar kini tidak lagi dalam bentuk yang difahami dan diterima oleh generasi awalnya yang berjaya membina keagungan tamaddun. Persoalan akidah tidak lagi menjadi teras dalam kebanyakan cabang keilmuan penganutnya. Akidah telah di ‘take for granted’, dianggap remeh dan suatu warisan. Sehinggakan, perkara-perkara yang merosakkan akidah, ramai yang tidak memahami. Sementara sesetengah yang lain melebelkan Islam sinonim dengan kemunduran dan kolot. Senang mengaitkan golongan pendokong agama itu dengan kain pelikat dan baju melayu tidak berseterika, datang lewat, jalan ‘slow’, tidur di masjid, sukar terima pendapat orang lain, muncul ketika ada kenduri atau kematian dan hilang di waktu puncak bersaing menghadapi percaturan ekonomi. Hingga ada yang kehairanan jika seorang ustaz itu tahu banyak perkara khususnya berkait teknologi dan kecanggihan era baru, akan tetapi jika ada kurang arif pantas pula mereka menyapa.” Alaa.. biasa la dia tu
Kukuhkan perpaduan Islam itu sepatut agendanya. Realiti Islam harus cantik agar dapat kita menarik Ah Chong dan Muthusamy mendekatinya. Moga kelak sinar dakwah Islam itu hadir di hati-hati mereka. Maka, sekaligus harta dan keluarga mereka turut sama Islam. Ini penting dalam mengukuh kekuatan dan menanam kelemahan usaha menegakkan satu-satunya agama pilihan Allah SWT yang jadi anutan Bangsa Melayu ini .
Jika tidak, Bangsa Melayu akan terus menjadi caca merba baik di dalam mahupun diluar bandar. Tiada pusaka nenek moyang tiada warisan keagungan Islam. Tiada jati diri. Yang kaya hanyut ke barat yang miskin hanyut melarat. Pemuda pemudi semakin kurang yang bercita-cita besar, berkeyakinan dan harga diri yang tinggi juga tiada tanggungjawab kepada bangsa. Kerana hilangnya pergi bersama perginya jiwa Islam yang utuh.
Andai pemuda Cina merasa malu jika tidak rajin bekerja atau pandai berniaga kerna itu warisan budayanya, andai pemuda Islam yang tulen akan merasa berdosa kerna tidak berusaha bersungguh mencari rezeki mendokong agama, diri dan keluarganya. Akan tetapi, andai pemuda Melayu tanpa agama dan budaya maka malas lepak dan berpoya-poya itu perkara biasa.
Amir al-Mukminin ‘Umaar Ibn al-Khattab pernah berkata kepada kaum Arab. “ Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allaah telah memuliakan kita dengan Islam, andai kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allaah muliakan kita dengannya maka kita akan dihinakan Allaah,” (al-Hakim, al-Mustadrak, cetakan: Dar al-Ma’rifaah,
Ihyaa’
Akan tetapi, bunuhlah gesa-gesa rasa yang dimusuhi oleh Islam meskipun ia ‘ warisan budaya ‘. Nilai-nilai negatif seperti ‘tidak rajin‘, hasad, tidak itqan (bersungguh-sungguh) dalam sesuatu pekerjaan, membazir waktu, mengumpat, melampau dalam berhibur dan lagi dan lagi. Dan, wajib kita menyalin ia dengan nilai-nilai positif suruhan al-Quran dan as-Sunnah yang contohnya rasa bertanggungjawab membangunkan umaah bangsa yang membuahkan kesungguhan menuntut ilmu dalam segala bidang, peranan kekhalifahan dalam membina tamaddun dan lagi dan lagi yang ada ruhh Islam diterapkan didalamnya.
Golongan pembawa nama Agama Islam pula, hendaklah memiliki al-‘uqul al-nadijah al-wa’iyyah (akal yang matang lagi berkesedaran) yang mampu menggerak umaat mencintai Islam dan seterusnya mendahului dalam tamaddun. Kerana apapun posisi pembawa nama agama itu bukan untuk di ‘take for garanted’. Ustaz ustazah juga janganlah sekadar mengulangi bab bab lapuk tanpa ada usul idea untuk muridnya mencipta kelainan dalam menerjah dunia globalisasi tanpa sempadan dengan pakaian Islam yang sempurna. Kita kini sedang dihina saudaraku, Muliakanlah Allaah dengan menta’ati syari’at Islam, semoga Allaah memuliakan kita Bangsa Melayu kerananya dan selama kita jitu melakukannya.
Creditto:
Satu olahan tambahan dari artikel asal ‘ Islam antara cerita dan kenyataan ‘ oleh dr.maza di Mingguan
Allaahu'alam.
Sehingga ke lain kalam, Ilalliqa'.
Allaahurabbuna. Wassalamu'alaikum.
No comments:
Post a Comment