Thursday, October 23, 2008

Cerita Pembukaan Blog CDM

MULAIKU DENGAN NAMA ALLAH.

Segala puji-pujian bagiNya, selawat dan salam untuk empunya nama Nabiuulrahmah MUHAMMAD SAW.

Lahirlah sudah 'cerita diri muhammad' (CDM) mengisi sebahagian dari maya internet yang begitu luas lagi pelbagai fungsi dan ceritanya. Mengisi cdm bagiku satu perkongsian bersama yang perlu disinonimkan dengan tanggungjawab. Jadi, InsyaAllah akan aku sumbat isinya dengan kalam-kalam aku dimisi dan visikan hidayah ilmu untuk pembaca.Aku panjat pintu-pintu kemurahan Ar-Rahman moga carik-carik cerita yang bakal berkongsi kita nanti cerita yang paksi, hujah,penyelesaian dan rumusan mahupun iktibarnya berada selari dengan jalan-jalan yang Allah redhakan. Biar untuk aku dan siapa pun seminit menatap tetap jadi majlis-majlis ilmu Allah. Aku bukan siapa dan tulisan ini juga bukannya apa. Namun pahala Allah yang ku damba untuk semua kerana aku dan kalian telah membayarnya dengan umur masa yang itu adalah apa yang paling berharga yang kita ada.
Illaliqa'.

Allahurabbuna.
Wassallamua'alaikum.

No comments: