Friday, October 24, 2008

Cerita 2 - Ke Mana Suara Yang Akan Ditanya.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Cerita Politik.


Suatu topik yang tak pernah aku kesah. Leceh, bosan. Bukan dunia aku dan tak perlu aku ambil tahu. Yang ini betul, yang itu pun betul. yang ini salah yang itu pun salah. Bila ditanya pendapat.. " Ooohh undi itu rahsia...".


Cerita ini cerita dunia jangan campur aduk ia dengan agama. Politik itu kotor sifatnya sedang agama itu suci dari Allah lahirnya. Biarlah, yang arif membuat kerjanya, kita ini pun bukannya siapa-siapa.


Sini kawasan Melayu Parti tuut.. Melayu Parti tuut jangan cari masalah.... Sehingga adanya, ini masjid Parti tuut, makmum Parti tuut pergilah masjid sebelah.


Apa beb! Cerita ni cerita orang tua lah. Cerita orang 'nerd' lah. Politik! x bestlah.


Haa.. ini masanya untuk berdebat. Aku banyak tau mesti dia kalah.



Pesanan buat anda yang terlibat di atas. Cerita politik adalah siasah. Sebahagian dari Islam sebahagian dari KalamAllah. Bukan rahsia kerana Islam harus jadi paksi memilih. Syariat Allah tak tertegak tanpa kuasa. Yang kotor hambanya yang mencuri politik dari Islam dan di ubah-ubah. Jangan lari dari terlibat kerana akan tetap ada babnya di Mahkamah Mahsyar Allah. Ianya bersifat menyatukan bukan memecah belah. Kewajipan ini tak mengenal usia atau jenis manusia. kerana setelah cantik akalnya, akan ditanya kelak Allah pendirian dia tentangnya. Dan, kita cerita bukan untuk menang bukan untuk nama, tapi, untuk Islam yang perlu kuasa RAKYAT SEMUA untuk ditegakkan syariatnya.



Hidup akan berakhir bila kita berhenti mimpikan Akhirat..
Harapan akan berakhir bila kita berhenti mempercayaiNya…
CintaNya berakhir bila kita berhenti menghambakan diri..
Yang lahir dambakan ajaran siratul mustaqim sentiasa jadi halwa pancainderanya..
Sang remaja dambakan geng solat dan sama berkongsi apa erti sebut dan geraknya….
Para dewasa mendamba jujur berita politik umat sebagai panduan menegak Negara Akhiratnya..
Diakhir usia mendamba peluang mencurah Amal jadi ilmu jadi jariah jadi bekal jadi belas jadi syafaat.
Mengapa harus jadi lain dambaan ini… wahai saudaraku..?
Bukankah kita berdiri di saff yang selari…? Dunia bukan cuma satu…
CintaNya bukan angan-angan. Juga bukan warisan.



Hidupkan bangsaku disini menjadi hamba yang taat..
Rehatkan bangsaku dari segala kejahatan di barzakh lena zikir yang panjang..
Bangunkan bangsaku kelak bersama, dibelakang MUHAMMAD S.A.W nabiiul rahmah.

Ayuh saudaraku…
Reformasi minda Islam kita gerakkan. Masyarakat Islam Kelas Pertama perlu bersandung bahu safnya…
Bantu membantu ingat mengingat..kerana tiada DIA lebih mencintai kamu tapi mereka..
Biarlah, yang tinggal senafas dengan Abubakr,Umar,Uthman dan Ali r.a itu yang bermuqabalah..
Biarlah, perlembagaan yang menghukum itu berlandas piagam seutuh Madinah.
Biarlah, yang berkhilaf itu hanya dalam cerita adat bukan aqidah.
Hayat ingkar telah terlalu lama rahmatNya..Ingat.. dosa itu dosa tidak terampun. Andai dihati kita tiada gesa tiada usaha apatah menentang. Menjadikan AlFurqan dan Alhadith teras pemerintahan..Tinggalkan cinta selain Satu ketika kau sujud..Seperti sujudnya Para Nabiyyin, Shuhada' dan Sholehin yang cintanya hanya kepada Allah, Muhammad Dan Al-Quran.
Jika dulu disini kita lahirkan. Di sini juga kita makamkan. Jika tidak kita yang akan dipertanggungjawabkan…
Jika ada pula berkalam. " Ini kubu kami. Kami tak akan tewas disini! ". Kita jadikan kubu itu…
Sedalam parit-parit pada KHANDAQ dan seampuh barisan-barisan pada KUBRA AL-BADAR.
Amin Ya RABBAL AALAMIN.

Allahu'alam. Allahurabbuna.

No comments: